Saya pun teringin sangat nak tengok setakat mana prestasi parti Rafizi Ramli dan parti Lim Kit Siang tanpa PAS.
Sebab orang orang mereka ni galak sangat duk mengata konon PAS sudah lemah lah, akan tewas besar lah.
Selama ini DAP perlekehkan PAS, tiba tiba Sivakumar, DAP Perak kata Blok ke tiga yang dipimpin PAS, parti Islam dan orang melayu terbesar yg menentang UMNO akan melemahkan Pakatan Harapan pula yang taat kepada parti DAP yang kini dilihat 'de facto leader' yang menentukan hala tuju PH.
Apa kata LKS, LGE tiada yang akan berani bantah. Kalau bantah, orang seperti Saari Sungip dari PAN akan sanggah.
Semoga kerjasama baru yang dipimpin PAS segera terbentuk bagi menumbangkan Barisan Nasional.
DS TGHH berpuluh kali menegaskan bukan tujuan PAS memerintah sebagai satu parti sahaja kerana struktur masyarakat Malaysia yang majmuk.
Kerjasama perlu. Selain tahalluf kita ada banyak pendekatan lain, pelbagai jenis taawwun, yang boleh diteroka dan pernah dijayakan.
Negara ini bukan milik parti parti politik sahaja. Di peringkat akar umbi, kita ada banyak NGO NGO mewakili pelbagai perjuangan dan aspirasi terus datang dari rakyat.
Kerana itu PAS mengangkat tinggi peranan NGO melalui Kongres Rakyat.
PAS tidak pernah menolak mentah mentah NGO dalam mana mana rundingan pembentukan usaha politik.
Persepakatan politik boleh sebelum pilihanraya. Selepas pilihanrayapun banyak ruang yang ada.
Ini yang tiba tiba LKS nak kerjasama dengan BN, nak berbaik dengan Najib pun ada, dalam masa yang sama nak berbaik dengan Tun Mahathir, Muhyidin. Siap angkat jadi jurucakap, jadi ketua.
Macam dah terlalu kelam kabut politik gila nak berkuasa.
Orang orang melayu dan Islam adalah faktor penentu politik negara dengan kerangka perlembagaan dan realiti nisbah populasi yang ada di Malaysia.
Sangat memalukan dan tidak akan stabil jika diserahkan kepada orang lain seperti yang cuba digambarkan dengan cara PH yang kelihatan bertuankan DAP.
Kunci keamanan dan kesejahteraan negara adalah politik yang stabil dengan Islam didaulatkan seperti kedudukannya dalam perlembagaan negara.
HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
15HB. MAC 2016
15HB. MAC 2016

No comments:
Post a Comment